Sunday, August 23, 2009

ciri2 suami idaman...???






bismillahirrahmanirrahim

Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

salam wbt..


sje nak share2..mgkin bole dijdikan panduan buat akhawat di luar sne.bkn bertujuan utk menggalakkan akhawat utk berpasangan2/bercouple..tidak sme sekali..no couple before akad!~ cume skdr bhn bacaan dan bimbingan shj..sebelum tu meh kite hayati lirik ni.


Kasih manusia sering bermusim,

sayang manusia tiada abadi,

Kasih Tuhan tiada bertepi,

syg Tuhan janjinya pasti!!!



Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

1-Kuat agamanya. Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya. Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah. Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah.Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros.Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya.Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan.Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya. Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab.Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab.

10-Tenang wajah.Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.





tula serba sdikit yg aku dpt share kan ktsini..tpi ni sume bkn pengukur kebahgiaan seseorg.die depends juga.cume ni mmg antara2 sifat2 mhmudah yg perlu ade dlm diri seorg suami mahupon is3.cume kite hrus beringt..semua mnusia ini xsempurna.hanya Allah Maha smpurna.kite pon..kalo nk cri psgn hidup yg soleh/solehah..ptma sekali perlulah ditelek diri sndri dulu..adekah kite dh ckp layak utk mndpt psgn yg terbaik. xperlula kite tllu memilih mahukan yg terlalu smpurna jika diri sndiri juga msih xsehebat mane [agama+taqwanya] . ingtla spt mne dlm firman Allah surah An-Nuur ayat 26 yg bermksud..

"Perempuan2 yg keji utk laki2 yg keji, dan laki2 yg keji utk perempuan2 yg keji(pula), sdgkan perempuan2 yg baik utk laki2 yg baik, dan laki2 yg baik, utk perempuan2 yg baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan org. mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga). "



subhanallah.tgok.jnji Allah.klo kite nk suami yg baik..kite terutama2nye knela perbaiki diri dulu.siapkan yg terbaik buat psgn.tpi jgn pernah meghrapkan kesempurnaan.kerana sesungguhnye Allah mnjdikan psgn suami is3 itu saling melengkapi antara satu sama lain.kekurngn is3 ditmpung suami.dan kkurgn sang suami akan dilengkapkan oleh sang is3..cume tugas kite..sntiasa la berusaha utk memperbaiki diri supaya diri sntiasa terpelihara di dlm mahligai istana yang bahagia dan diberkati olehNya..

smcm je erk?.xpe2.skg musim2 graduasi.konvo2 ni.pazni msim2 naik pelamin plk.huhu.mgkin ade shbt diluar sane yg sdg merncg utk mlgkah ke arah perkhwinan..moga ingtn yg sdkit ini dpt dijadikan panduan utk mncipta bahgia yang berpanjangan!~ :D


bagi diriku..ckuplah aku sntiasa berdoa kpd Allah..agar Allah pelihara 'putera islamku'..aku bknlah insn yg akan meng'list'kan 1001 mcm ciri2 pilihan bakan suamiku.dan aku juga bknlah insan yg berhak utk memilih.kerana pilihanku adalah pilihan ALLAH SWT. coz I PUT ALL MY TRUST IN ALLAH. HE KNOWS THE BEST FOR ME.ckuplah doa2ku..agar Kau jadikan dirinya nnti seorg suami yg soleh yg dpt mmbimbingku dan keluarga mnuju negeri yang abadi di sna nanti.. dan nanti yang ku nanti..nanti yang aku meniti.nanti yang akan ku temui...


"izinkan aku mnjadi bidadari syurgamu"..


"cintailah Allah melebihi segalanya..kerana dgn cintaNya itulah kau akan meraih cinta yang berkekalan di dunia dan di akhirat kelak.."


nazurah: adelah skit2 ciri yg diingini:

1. fikrah dan aqidah yang sama

2. bertanggungjwb

3. penyayang

4.penyayang

5. penyayang

6. penyayang

7. penyayang

8. penyayang

9. penyayang

10. penyayang

...

...

....

....

....


oopss.NO COMMENT!~ :D


sampai ketemu..salam wbt.


~Rintihan dunia akhirat~
Moga istiqamah dlm perjalanan menuju CINTA yang agung!!

Saturday, August 15, 2009

Kesilapan Muslim di bulan Ramadhan

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah Al-Baqarah.
Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada Nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat Lailatul Qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala Ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurangan perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh As-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "Sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat Al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi S.A.W. malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi S.A.W. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keIslaman seseorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi S.A.W. bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakati ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, DrMd'Uqlah, hlm 278)
11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi S.A.W. telah menyebut :- Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih ) Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith. Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

aku hairan....

Aku hairan bukankah kita bersaksi kita bersaudara pada panji tauhid.
Tapi di mana mereka bila saudaranya disembelih?
Bila ummat seiman dengannya dibunuh dan diseksa ?

Aku hairan apakah hilang rasional kita?
Bergaduh tentang pangkat,jawatan dan pilihanraya.
Sedang ummat ini masih lagi hanyut dan sesat.
Dan anak muda gembira dan menari riang dengan syaitan

Aku hairan kenapakah orang-orang tua itu lebih suka berbincang.
Dan berkata-kata kononnya atas dasar cendekiawan dan ketinggian ilmu pengetahuan.
Demi dasar demokrasi junjungan perihal generasi masa hadapan
Tetapi,anak muda tetap menari dengan rentak hidup mereka sendiri
Adakah Islam itu tertegak dengan kata-kata ?

Aku hairan kubur mereka sudah dekat menanti
Harta bertimbun tak pernah lupa dicari
Tidak pula mengambil kisah tatkala mencuri merompak harta rakyat sendiri.

Aku hairan ada mereka kata pejuang Islam sejati
Tetapi ummat seiman dengan mereka kafir digelari.
Berjalan bangga kononnya menteri.

Aku hairan anak muda dengan hidup mereka sendiri
Berpimpin tangan,berpeluk dan bersenda menari
Tarian dengan lenggok sendiriAdakah lupa pada ketinggian harga diri ?

Aku hairan islam dianggap asing pada ummatnya sendir
iLalu mereka kata inilah yang hakiki
Itulah yang benar dan kamulah yang salah.
Tidakkah sedar kita ini pendakwah
Bukan hakim menjatuhkan silap dan salah.

Aku hairan bilamana kata-kata yang benar dibuang jauh
Pembawa kebenaran dianggap asing dan kebathilan dipegang teguh
Adakah ini ummat masa kini ?

Aku hairan ada yang berkopiah dan berserban pula,
Yang berkot dan bertali leher juga
Lambang cendekiawan moden bijak berkata
Maka kenapa hukum Allah ditolak tepi semudahnya?
Aku hairan pada ummat ini, pada alam ini, pada diriku sendiri. . .

Aku hairan adakah kita lupa hakikat diri sebagai hamba?
Apakah kita lupa kebenaran hakiki bahwa kita adalah pendosa?
Lalu mana pintu taubat dan nikmat yang perlu kita cari ?

Thursday, August 13, 2009

Ibubapa mu….. dahulukan mereka !



Sekadar copy n paste...

Ketika kita masih kecil, ibubapa menyayangi kita. Menjaga dan membelai. Menahan hujan dan panas. Memberi makan walaupun kadangkala mereka sendiri terpaksa berlapar dan menghabiskan duit untuk membeli makanan ringan untuk kita.Berbelas tahun kita begitu sehingga kita besar…

Tiba-tiba ketika kita mendapat dakwah dan memahami Islam, kita engkar dan menjadi lebih ‘tidak mendengar kata’. Setelah anaknya mengenali ‘usrah’ dan ‘tamrin’, tiba-tiba menjadi lebih degil dan tidak mengerti erti kasih sayang dan ‘ihsan’. Bahkan kadangkala menipu dan mendahulukan kawan-kawan ‘ikhwah/akhawat’ nya??


Ibubapa kita tidak mengerti bahasa dakwah kita. Mereka tidak faham apa erti ‘ISK’ dan ‘IPK’. Apa yang mereka fahami ialah kita telah mengikuti dakwah dan tiba-tiba anaknya menjadi lebih ‘kurang ajar’ !

Apakah ini semua tidak menyakitkan hati mereka berdua? Bukankan ini akan memburukkan lagi imej dakwah dan usrah?


Duduklah ditempat mereka, berfikirlah apa yang mereka fikir dan ingatilah betapa pedihnya anak yang ditatang rapi sejak lahir dengan begitu susah payah setelah di’bawa’ ke sana ke mari selama 9 bulan tiba-tiba berubah lebih ‘degil’ setelah bersama-sama dgn kawan-kawanya yang bertudung labuh?

Jagailah hati kedua mereka. Mereka lebih patut dijagai dari menjaga nuqaba’ anda. Naqib/naqibah anda hanya datang pada beberapa hari kebelakangan ini. Mereka datang mengenalkan anda tentang Islam dan erti tanggungjawab ’syahadatul haq’. Tetapi mereka tidak dapat membuang hati ibubapa dan melemparkan begitu saja. Mengenal Islam tidak beerti kita menolak ibubapa walaupun mereka ‘tidak sefaham’ kita dan ‘tidak seaktif’ kita.

Naqib/naqibah mungkin dapat mengajar erti Islam ‘baru’ yang kita belajar, tetapi mereka tidak dapat menghapuskan ketinggian perintah Allah untuk ihsan kepada ibubapa. Jika ihsan ibubapa tidak dapat ditunaikan tanpa mengingkari naqib/naqibah, maka ibubapa mesti didahulukan.


Ibubapa hanya tidak dapat menandingi ‘wajibnya dakwah’ kerana ia adalah perintah Allah, tetapi ibubapa boleh menandingi ketinggian taatnya pada naqib tertentu, kerana ‘tertentu’ masih dalam lingkungan ijtihadi.


Moga kita tidak menjadi beban dan perosak ‘imej’ dakwah. Bersopan dan berbaktilah… moga Allah mudahkan perjalanan amal kita.
Assalamu'alaykum warahmtuLlah!--

الفترة بعد المجاهدة: من فساد الابتداء
Lumpuh dan longlai selepas mantap adalah kerana permulaan yang tidak betul !
Ungkapan si berpengalaman dalam tarbiyyah mengingatkan betapa pentingnya kita mengerti benar-benar asas tapak mulanya perjalanan.
Kita berjalan dan mengharungi jalan ini bukan kerana geram dan membalas dendam. Bukan juga kerana ikut-ikutan dan seronok bersama-sama teman. Bukan juga kerana mengisi masa umpama hobi menghilangkan ‘boring’.
Setelah manusia tersentak mendengar cerita dan fenomena umat dan dunia yang kita bentangkan, maka proses kedua yang amat penting ialah membawa mereka mula memahami apa yang perlu dilakukan dan bagaimana.
Tetapi proses ini akan dimulakan secara langsung atau tidak dengan menunjukkan tapak titik tolak kerja ini. Sentakan pertama tidak kuat untuk mengekalkan mereka di jalan ini. Sentakan semangat itu sama dengan semua semangat-semangat yang lain yang akan hilang. Ia tidak lebih umpama kertas yang mudah menyala tetapi akan segera terpadam.
Titik tolak ini akan menjadi fasa kedua selepas manusia rela bersama dalam tarbiyyah kita. Untuk memahaminya dan mengekalkanya bukanlah suatu yang mudah.
Oleh itu membentuk manusia yang faham akan titik tolak ini adalah usaha berterusan yang tidak boleh ditinggalkan atau dilalaikan sepanjang perjalanan kita.
Ia boleh dilupai. Boleh dilalaikan sebentar oleh pelbagai sebab dalaman dan luaran di sepanjang jalan.
--
Sumber asal: Ustaz Muntalaq.