Thursday, November 12, 2009

JOM JOIN RAMAI2....




Bismillahirrahmanirrahim

Salam wbt

hebahan awal tntg program cuti sekolah

yg bakal dianjurkan oleh KRJ & KBM EXCELLENCE

******************************************************************************


buat adeQ2 yang rasenye masih xtau nak wat ape cuti sekolah ni,

jom!!!!

COME AND JOIN US!!

buat mak ayah yg masih tercari program2 utk anak2,
ape kate moh hntr anak2 ke program ni....

pelbagai acara menarik menanti mereka semua

saya yakin program kali ini menjanjikan seribu satu pengalaman yg

ofcos sentiasa menyerlah jauh dari yang biasa!!
Nama Program:
Keindahan Bersama Mu + SSQ + 5R
Tarikh & hari :
9 – 12 Disember 2009
(Rabu - Sabtu)
Tempat :
Impian Country Resort, Sg. Semungkis, Batu 14, hulu Langat, Selangor
Sasaran Peserta :
13 – 16 tahun
Yuran :
RM 180 sahaja
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dengan RM 180, apa yang akan anda perolehi :
  • Makan dan minum 6 kali sehari
  • Penginapan yang selesa
  • Buku Program
  • Sijil penyertaan
  • Perlindungan Takaful
  • Ilmu dan pengalaman yang luar biasa
  • Rakan-rakan baru
  • Suasana nyaman dan segar jauh dari bandar
  • Hubungan indah bersama Allah, Rasul, Serta Ibu Ayah
  • Mengisi masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah
  • Memperbaiki diri kearah lebih positif & menyerlah jauh dari yang biasa

Daftar segera!!sementara tempat masih ada..

~sebarang pertanyaan boleh refer kepada kak damia dan akhi bai...
atau layari website ini:
//www.kbm-ssq-5r.blogspot.com

JUMPA DI SANA...!!!!


jom join reramai....

Assalamualaikum Wrt....

KEM REMAJA CUTI SEKOLAH....

KBM SSQ + 5R....

9 - 12 Disember 2009

Impian Country Resort, Batu 14, Hulu Langat..

terbuka kepada semua remaja MALAYSIA berumur dari 13-16 tahun....

sila Daftar ONLINE ( Click sini !!! - Pendaftaran ONLINE)

atau DOWNLOAD BORANG pendaftaran di Blogspot kami...maklumat lanjut :

Click : ( http://kbm-ssq- 5r.blogspot. com/ )

alamilah kelainannya............

( Click - http://kbm-ssq-5r.blogspot.com/ )

Tuesday, September 01, 2009

Fasa Kedua..


Alhamdulillah...kita kini masuk ke malam ke 11 Ramadan. Ini bermakna, kita telah berada di fasa kedua Ramadan. Kita telah meninggalkan fasa “rahmat” manakala kita kini memasuki fasa “maghfirah”.Sepuluh hari yang berlalu, kita berharap rahmah, belas kasihan dari Allah. Di hari mendatang, pintu maghfirah Allah terbuka luas menunggu kepulangan hamba-hamba- Nya.

Kita perlu menilai semula, review pencapaian kita. Untuk itu, kita boleh mengambil iktibar dari sebuah kisah yang dinukilkan oleh Sheikh Said Hawa mengenai Al-Hasan bin Abul Hasan al-Bishri. Bahawa beliau ini pada suatu ketika pada bulan Ramadan berjalan melalui satu kelompok manusia yang sedang tertawa sambil bersenda gurau, kemudian al-Hasan berkata:
“Sesungguhnya Allah azzawajalla menjadikan Ramadan sebagai bahan ujian yang tersembunyi bagi seluruh makhluk-Nya. Semua orang sama berlumbalumba, atau dahulu-mendahului untuk berbuat ketaatan kepada Allah (SWT).

Kemudian ada golongan yang dapat mendahului golongan lain, merekalah orang- orang yang beruntung dan berjaya. Sedang golongan lain ada yang tertinggal di belakang dan mereka itulah orang-orang yang menyesal dan merasa mendapat kerugian yang besar. Oleh sebab itu adalah heran seheranherannya ketika saya melihat ada orang yang tertawa, bermain-main pada hari
seperti sekarang ini dalam bulan Ramadan, padahal di saat ini adalah hari sebahagian manusia menjadi beruntung dan berjaya , sedangkan ada sebahagian manusia lainnya yang merasa rugi dan menyesal. Yang berbahagia ialah orang-orang yang mendahului kawan-kawannya untuk mentaati Dzat Yang Maha Pencipta, dan yang merugi ialah orang yang hanya gemar melakukan
kebatilan dan kesia-siaan.”

Setelah melalui sepertiga Ramadahan, eloklah kita berhenti sejenak, menilai prestasi kita dalam sepuluh hari yang telah berlalu. Antara soalan yang boleh kita tanyakan diri kita ialah:
>>Sudahkah kita memanfaatkan sebaik-baiknya kehadiran bulan ramadan yang penuh berkat ini?
>>Sudahkah kita cuba sedaya upaya mencantikkan puasa kita?
>>Sudahkan kita memastikan anak-isteri- suami dan seluruh keluarga kita sama-sama menikmati keberkatan Ramadan ini?
>>Sudahkah kita mencapai tahap minimum pembacaan al-Quran setiap hari? Jika standard kita ialah satu juzuk sehari, maka kini sepatutnya kita telah melebihi sepuluh juzuk.
>>Sudahkan kita memastikan sunat-sunat puasa seperti bersahur disempurnakan?
>>Sudahkah kita memastikan kita tetap istiqamah dengan solat tarawih dan berazam untuk meneruskannya ke hujung Ramadan?
>>Sejauh manakah Ramadan kita tahun ini lebih baik dari Ramadan yang lepas?

Kuatkan tekad untuk melipat gandakan amal dan beristighfar atas ketelanjuran kita.

Sunday, August 23, 2009

ciri2 suami idaman...???






bismillahirrahmanirrahim

Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

salam wbt..


sje nak share2..mgkin bole dijdikan panduan buat akhawat di luar sne.bkn bertujuan utk menggalakkan akhawat utk berpasangan2/bercouple..tidak sme sekali..no couple before akad!~ cume skdr bhn bacaan dan bimbingan shj..sebelum tu meh kite hayati lirik ni.


Kasih manusia sering bermusim,

sayang manusia tiada abadi,

Kasih Tuhan tiada bertepi,

syg Tuhan janjinya pasti!!!



Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

1-Kuat agamanya. Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya. Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah. Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah.Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros.Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya.Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan.Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya. Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab.Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab.

10-Tenang wajah.Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.





tula serba sdikit yg aku dpt share kan ktsini..tpi ni sume bkn pengukur kebahgiaan seseorg.die depends juga.cume ni mmg antara2 sifat2 mhmudah yg perlu ade dlm diri seorg suami mahupon is3.cume kite hrus beringt..semua mnusia ini xsempurna.hanya Allah Maha smpurna.kite pon..kalo nk cri psgn hidup yg soleh/solehah..ptma sekali perlulah ditelek diri sndri dulu..adekah kite dh ckp layak utk mndpt psgn yg terbaik. xperlula kite tllu memilih mahukan yg terlalu smpurna jika diri sndiri juga msih xsehebat mane [agama+taqwanya] . ingtla spt mne dlm firman Allah surah An-Nuur ayat 26 yg bermksud..

"Perempuan2 yg keji utk laki2 yg keji, dan laki2 yg keji utk perempuan2 yg keji(pula), sdgkan perempuan2 yg baik utk laki2 yg baik, dan laki2 yg baik, utk perempuan2 yg baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan org. mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga). "



subhanallah.tgok.jnji Allah.klo kite nk suami yg baik..kite terutama2nye knela perbaiki diri dulu.siapkan yg terbaik buat psgn.tpi jgn pernah meghrapkan kesempurnaan.kerana sesungguhnye Allah mnjdikan psgn suami is3 itu saling melengkapi antara satu sama lain.kekurngn is3 ditmpung suami.dan kkurgn sang suami akan dilengkapkan oleh sang is3..cume tugas kite..sntiasa la berusaha utk memperbaiki diri supaya diri sntiasa terpelihara di dlm mahligai istana yang bahagia dan diberkati olehNya..

smcm je erk?.xpe2.skg musim2 graduasi.konvo2 ni.pazni msim2 naik pelamin plk.huhu.mgkin ade shbt diluar sane yg sdg merncg utk mlgkah ke arah perkhwinan..moga ingtn yg sdkit ini dpt dijadikan panduan utk mncipta bahgia yang berpanjangan!~ :D


bagi diriku..ckuplah aku sntiasa berdoa kpd Allah..agar Allah pelihara 'putera islamku'..aku bknlah insn yg akan meng'list'kan 1001 mcm ciri2 pilihan bakan suamiku.dan aku juga bknlah insan yg berhak utk memilih.kerana pilihanku adalah pilihan ALLAH SWT. coz I PUT ALL MY TRUST IN ALLAH. HE KNOWS THE BEST FOR ME.ckuplah doa2ku..agar Kau jadikan dirinya nnti seorg suami yg soleh yg dpt mmbimbingku dan keluarga mnuju negeri yang abadi di sna nanti.. dan nanti yang ku nanti..nanti yang aku meniti.nanti yang akan ku temui...


"izinkan aku mnjadi bidadari syurgamu"..


"cintailah Allah melebihi segalanya..kerana dgn cintaNya itulah kau akan meraih cinta yang berkekalan di dunia dan di akhirat kelak.."


nazurah: adelah skit2 ciri yg diingini:

1. fikrah dan aqidah yang sama

2. bertanggungjwb

3. penyayang

4.penyayang

5. penyayang

6. penyayang

7. penyayang

8. penyayang

9. penyayang

10. penyayang

...

...

....

....

....


oopss.NO COMMENT!~ :D


sampai ketemu..salam wbt.


~Rintihan dunia akhirat~
Moga istiqamah dlm perjalanan menuju CINTA yang agung!!

Saturday, August 15, 2009

Kesilapan Muslim di bulan Ramadhan

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah Al-Baqarah.
Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada Nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat Lailatul Qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala Ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurangan perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh As-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "Sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat Al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi S.A.W. malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi S.A.W. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keIslaman seseorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi S.A.W. bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakati ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, DrMd'Uqlah, hlm 278)
11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi S.A.W. telah menyebut :- Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih ) Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith. Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

aku hairan....

Aku hairan bukankah kita bersaksi kita bersaudara pada panji tauhid.
Tapi di mana mereka bila saudaranya disembelih?
Bila ummat seiman dengannya dibunuh dan diseksa ?

Aku hairan apakah hilang rasional kita?
Bergaduh tentang pangkat,jawatan dan pilihanraya.
Sedang ummat ini masih lagi hanyut dan sesat.
Dan anak muda gembira dan menari riang dengan syaitan

Aku hairan kenapakah orang-orang tua itu lebih suka berbincang.
Dan berkata-kata kononnya atas dasar cendekiawan dan ketinggian ilmu pengetahuan.
Demi dasar demokrasi junjungan perihal generasi masa hadapan
Tetapi,anak muda tetap menari dengan rentak hidup mereka sendiri
Adakah Islam itu tertegak dengan kata-kata ?

Aku hairan kubur mereka sudah dekat menanti
Harta bertimbun tak pernah lupa dicari
Tidak pula mengambil kisah tatkala mencuri merompak harta rakyat sendiri.

Aku hairan ada mereka kata pejuang Islam sejati
Tetapi ummat seiman dengan mereka kafir digelari.
Berjalan bangga kononnya menteri.

Aku hairan anak muda dengan hidup mereka sendiri
Berpimpin tangan,berpeluk dan bersenda menari
Tarian dengan lenggok sendiriAdakah lupa pada ketinggian harga diri ?

Aku hairan islam dianggap asing pada ummatnya sendir
iLalu mereka kata inilah yang hakiki
Itulah yang benar dan kamulah yang salah.
Tidakkah sedar kita ini pendakwah
Bukan hakim menjatuhkan silap dan salah.

Aku hairan bilamana kata-kata yang benar dibuang jauh
Pembawa kebenaran dianggap asing dan kebathilan dipegang teguh
Adakah ini ummat masa kini ?

Aku hairan ada yang berkopiah dan berserban pula,
Yang berkot dan bertali leher juga
Lambang cendekiawan moden bijak berkata
Maka kenapa hukum Allah ditolak tepi semudahnya?
Aku hairan pada ummat ini, pada alam ini, pada diriku sendiri. . .

Aku hairan adakah kita lupa hakikat diri sebagai hamba?
Apakah kita lupa kebenaran hakiki bahwa kita adalah pendosa?
Lalu mana pintu taubat dan nikmat yang perlu kita cari ?

Thursday, August 13, 2009

Ibubapa mu….. dahulukan mereka !



Sekadar copy n paste...

Ketika kita masih kecil, ibubapa menyayangi kita. Menjaga dan membelai. Menahan hujan dan panas. Memberi makan walaupun kadangkala mereka sendiri terpaksa berlapar dan menghabiskan duit untuk membeli makanan ringan untuk kita.Berbelas tahun kita begitu sehingga kita besar…

Tiba-tiba ketika kita mendapat dakwah dan memahami Islam, kita engkar dan menjadi lebih ‘tidak mendengar kata’. Setelah anaknya mengenali ‘usrah’ dan ‘tamrin’, tiba-tiba menjadi lebih degil dan tidak mengerti erti kasih sayang dan ‘ihsan’. Bahkan kadangkala menipu dan mendahulukan kawan-kawan ‘ikhwah/akhawat’ nya??


Ibubapa kita tidak mengerti bahasa dakwah kita. Mereka tidak faham apa erti ‘ISK’ dan ‘IPK’. Apa yang mereka fahami ialah kita telah mengikuti dakwah dan tiba-tiba anaknya menjadi lebih ‘kurang ajar’ !

Apakah ini semua tidak menyakitkan hati mereka berdua? Bukankan ini akan memburukkan lagi imej dakwah dan usrah?


Duduklah ditempat mereka, berfikirlah apa yang mereka fikir dan ingatilah betapa pedihnya anak yang ditatang rapi sejak lahir dengan begitu susah payah setelah di’bawa’ ke sana ke mari selama 9 bulan tiba-tiba berubah lebih ‘degil’ setelah bersama-sama dgn kawan-kawanya yang bertudung labuh?

Jagailah hati kedua mereka. Mereka lebih patut dijagai dari menjaga nuqaba’ anda. Naqib/naqibah anda hanya datang pada beberapa hari kebelakangan ini. Mereka datang mengenalkan anda tentang Islam dan erti tanggungjawab ’syahadatul haq’. Tetapi mereka tidak dapat membuang hati ibubapa dan melemparkan begitu saja. Mengenal Islam tidak beerti kita menolak ibubapa walaupun mereka ‘tidak sefaham’ kita dan ‘tidak seaktif’ kita.

Naqib/naqibah mungkin dapat mengajar erti Islam ‘baru’ yang kita belajar, tetapi mereka tidak dapat menghapuskan ketinggian perintah Allah untuk ihsan kepada ibubapa. Jika ihsan ibubapa tidak dapat ditunaikan tanpa mengingkari naqib/naqibah, maka ibubapa mesti didahulukan.


Ibubapa hanya tidak dapat menandingi ‘wajibnya dakwah’ kerana ia adalah perintah Allah, tetapi ibubapa boleh menandingi ketinggian taatnya pada naqib tertentu, kerana ‘tertentu’ masih dalam lingkungan ijtihadi.


Moga kita tidak menjadi beban dan perosak ‘imej’ dakwah. Bersopan dan berbaktilah… moga Allah mudahkan perjalanan amal kita.
Assalamu'alaykum warahmtuLlah!--

الفترة بعد المجاهدة: من فساد الابتداء
Lumpuh dan longlai selepas mantap adalah kerana permulaan yang tidak betul !
Ungkapan si berpengalaman dalam tarbiyyah mengingatkan betapa pentingnya kita mengerti benar-benar asas tapak mulanya perjalanan.
Kita berjalan dan mengharungi jalan ini bukan kerana geram dan membalas dendam. Bukan juga kerana ikut-ikutan dan seronok bersama-sama teman. Bukan juga kerana mengisi masa umpama hobi menghilangkan ‘boring’.
Setelah manusia tersentak mendengar cerita dan fenomena umat dan dunia yang kita bentangkan, maka proses kedua yang amat penting ialah membawa mereka mula memahami apa yang perlu dilakukan dan bagaimana.
Tetapi proses ini akan dimulakan secara langsung atau tidak dengan menunjukkan tapak titik tolak kerja ini. Sentakan pertama tidak kuat untuk mengekalkan mereka di jalan ini. Sentakan semangat itu sama dengan semua semangat-semangat yang lain yang akan hilang. Ia tidak lebih umpama kertas yang mudah menyala tetapi akan segera terpadam.
Titik tolak ini akan menjadi fasa kedua selepas manusia rela bersama dalam tarbiyyah kita. Untuk memahaminya dan mengekalkanya bukanlah suatu yang mudah.
Oleh itu membentuk manusia yang faham akan titik tolak ini adalah usaha berterusan yang tidak boleh ditinggalkan atau dilalaikan sepanjang perjalanan kita.
Ia boleh dilupai. Boleh dilalaikan sebentar oleh pelbagai sebab dalaman dan luaran di sepanjang jalan.
--
Sumber asal: Ustaz Muntalaq.

Saturday, July 18, 2009

Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam dan selawat dan salam ke atas junjungan besar para Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul, dan seluruh ahli keluarga dan para sahabat seluruhnya.

Ya Allah Yang Maha Besar, ampunilah dosa-dosaku, dosa-dosa besar ataupun dosa-dosa kecilku, yang jelas ataupun yang samar, yang aku ketahui ataupun yang tidak aku ketahui sesungguhnya Engkaulah yang Maha mengetahui akan sesuatu dan Maha Pengampun.pada Mu aku sembah dan pada Mu jua tempat ku memohon pertolongan.

Ya Allah Ya Tuhanku, ampuni juga dosa-dosa ibu bapaku, sesungguhnya mereka telah membesarkan aku dengan penuh kasih sayang, rahmatilah mereka, kasihilah mereka seperti mana mereka kasih padaku semasa aku kecil.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa abang dan adik-adik ku, ampuni jua dosa-dosa kaum kerabatku, dan semua sahabat-sahabat dan teman-teman seperjuangan dan seluruh kaum muslimin yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.Ya Allah, aku hamba Mu yang lemah merayu memohan ampun dan maaf dari Mu yang Maha Sempuna dan Maha Mulia.Ampunilah aku dari segala dosa-dosa ku yang lampau dan akan datang.Ya Allah, aku menghadapi hari ini dengan bersaksi terhadap-Mu, dan terhadap para malaikat pemikul Arasy, dan para malaikat-Mu dan setiap makhluk-Mu, bahawa Engkau merupakan Ilah yang benar dan Nabi Muhammad ialah hamba-Mu dan utusan-Mu.(Riwayat Al-Tirmizi)

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan-Mu daripada kelemahan,kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk, dan azab kubur.Ya Allah, berikanlah ketakwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucikan, Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanafaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan.(Riwayat Muslim)

Wahai tuhan yang membolak balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu(riwayat Ahmad & Al-Tirmizi), dan jangan kau pesongkan hatiku setelah kau memberi petunjuk kepada ku, kurniakanlah aku rahmat dari sisi-Mu dan sediakanlah petunjuk untuk ku dalam menyelesaikan urusan ku.(Tafsir Ruhil Ma'ani' tafsir ayat 10 surah al-Kahfi)

Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. wahai Tuhan kami, berilah ampun bagiku da kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.(surah ibrahim:40-41)

Wahai Tuhan ku, aku telah menganiaya diri aku sendiri dan Engkautidak mengampukan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami daripada orang yang rugi. (surah al-A'araf:23)

Berikanlah aku rezki dan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan periharalah kami daripada azab neraka.(surah al-Baqarah:201)

Maha Suci Engkau, Tuhan yang Maha Agung dan salam sejahtera keatas para Rasul dan segala puji-pujian hanyalah untuk Engkau, Tuhan sekalian alam.

Ameen Ya Rabbal Alamin

Thursday, May 07, 2009

tak sabar nk balek umah...

best ny...esok paper last tok final sem nie..pa2 merdeka..tapi paling penting skali kne tawakal pada ALLAH S.W.T. lepas pe yang da kte usahakan..YA ALLAH, aku bertawakal padaMU setelah pe yang telah aku uasahakan..nak DEKAN sem nie..nk bagi hadiah kat abah mama..blek pada tajuk..bestny lusa abah mam datang amek..pa2 nk g jalan2 kt padang besar..nak belanja besar..hehe..

Monday, March 09, 2009


alhamdulillah.....selesai sudah kbm di sek men syed saffi.....kbm ni telah b'lnsg dgn jayanye dgn kerjasama pengendali and para fasi....alhamdulillah, kali ni ana b'jye ajk kwn ana....syukur ALLAH dgr p'mntaan ana....yg best nye 4 da first tyme ana bce skrip tok MAM2.....nervous pn de....first tyme la ktekn....hehe..tp ok gk experience....mahal 2....klu diiznkn ALLAH, ana nk bwk kbm ni kt UiTM....insyaALLAH.....


Tuesday, March 03, 2009

WEEKEND yg sebok......


fuuuuhhh.....weekend ari 2 mmg cbok.....tp sgt berbaloi.....da lme tggukn pgrm 2....da lme gk xjoin.....even da byk x pegi tp xpenah jemu.....weekend 2 ana spend mse join KBM (Keindahan BersamaMu).....keindahan b'sme ALLAH, Rasulullah, parents n sahabat.....n kemuncak pgrm 2 tyme sab2 mlm.....slot meniti angin malam (MAM)......slot yg mengingatkan ttg kematian.....tyme prgm 2 ana jd fasi x fasi...heheh....pe 2...?kdg2 join dlm grup n kdg2 jd fasi....bg ana sgt 10000x rugi bg spe yg xjoin n yg xpenah join lg prgm 2.......prgm 2 sgt2 b'manfaat tok sumer gol.....ana try ajk kwn2 tp dorg sume xnk....mybe cre yg dgnekn xbtol......ana nk sgt kwn2 ana join prgm 2....tp xpe weekend ni pn de lg KBM....hrp de yg sudi nk g....

Sunday, February 22, 2009

kenape ni...?????


hish......xtau npe skrg nie....rse mlas giler nk study.....slalu tnye sndrn...ble la nk abes blaja ni....asep blaja je....result xpower gak.....hish nazurah....jgn cm2.....klu ko cmni mknenye setan da b'jye hasut ko spaye malas stdy....pdhl esk de test MAR 400(intro 2 marine orgnsms)....pikir blek tok pe ko blaja skrg ni......??????????pe cite2 ko..........??????????? btol kn blek niat blaja 2....niatkn tok crk MARDHATILLAH (keredhaan ALLAH)......blaja tok menaikkn n mngktkn martabat ISLAM di mte dunia.....cite2 ko adlh tok memrtbtkn agama ALLAH d tmpt t'agung disisiNYA...."jika kite bntu agama ALLAH, maka ALLAH akn bn2 kite...."dah g stdy MAR 400....

insya ALLAH dpt jwb esk......lwn setan 2....bia die kalah.....


RENUNGAN:

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.
2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..
3) Badminton ----- Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...
5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...
6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...
7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..
8) Dalam semua segi kita mau kanperubahan kearah yang lebih baik danglamour...
9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong

TETAPI...
KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIANKITA....DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KE ARAH 'PERSEDIAN UNTUK MATI'

Umpamanya:
1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....
2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...
3) Bangi ---- madinah ---- mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid....
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....
7) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet ----- 2 jam majallah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONALimprovement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitanAKHIRAT slowly di ketepikan...

Contohnya:
Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur........
Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE...
bila ALLAH beri kenaikan pangkat &gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa...
Macam macam lagi yang kitapun sedia maklum dan tahu...
malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,jiran, rakan-rakan, DLL.
Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN...

BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.
ALLAH beri semua makhluk di dunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang punyang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun.... ALLAH juga memberikita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan...dengan sebaik mungkin...ALLAH hanya mahu kita beramal selama lebihkurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

Semoga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjayadi dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus...
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina..
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit
sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikatpada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3.Orang berpuasa di hari Arafah.'

PERJALANAN HIDUPKU MASIH PANJANG….

terkadang badanku akan merasa letih
terkadang mataku akan merasa layu
terkadang tanganku akan merasa sakit
terkadang kakiku akan merasa lenguh
terkadang jiwaku akan merasa resah
terkadang imanku akan terasa rosak

tapi aku sedar perjalananku masih panjang
masih banyak yang perlu aku lakukan
dan aku sedar perjalananku belum terang
masih banyak yang perlu aku korbankan
malah aku sedar perjalananku penuh cabaran
masih banyak yang perlu aku tetapkan

aku tak perlu risau
andai Tuhan dalam hatiku
menemaniku dan membantuku

aku tak perlu risau
andai nabi di hadapanku
membimbingku dengan sunnah baginda
dan menghadiahkanku dengan syafaatnya

aku tak perlu risau
andai abah mamaku di kananku
merestuiku dan mendoakanku

aku tak perlu risau
andai sahabat2 seperjuanganku di kiriku
seiring sejalan bersama berjuang denganku

aku tak perlu risau
andai kakak adik keluargaku di belakangku
menjagaku dan sentiasa menyokongku

aku kini tahu tiada yang perlu aku risaukan
kerana mereka semua ada di sekelilingku
terus mendoakan aku

Untukmu Wanita...

dedicated utk kaum hawa..

Sebutir permata di perlubukan
Memancar sinaran di kegelapan
Biarpun tersimpan dalam lumpur
Serimu takkan luntur

Terlukis di wajah keriangan
Tergambar sebuah ketenangan
Namun tak siapa yang mengerti
Rahsia dalam hati

Wanita tertawa
Wanita menangis
Wanita tersenyum
Wanita berduka

Biar apa yang menanti
Ku tetap teguh berdiri
Dalam satu perjuangan
Yang tak berkesudahan

Engkau korbankan segalanya
Tak pernah pinta balasnya
Kau titiskan air mata
Namun tersenyum jua

Wanita engkaulah sang lantera
Tanpamu sepilah persada maya
Semoga kau damai sejahtera
Untuk selama-lamanya

Thursday, February 19, 2009

Akhirnye......

ALHAMDULILLAH....dapat gak aku wt blog ni setelah sekian lme b'tnye & m'explore cmne cre nk wt blog.....harap dgn blog ni dpt di gnekn tok kngsi ilmu, luahan n everything....